Move on please :')

by - Friday, August 11, 2017

This picture are not mine

 “bila kau free?” terhenti pergerakan pen aku.

Tak kasi salam datang terus terjah macam nak baham orang.

“Bila kau free?” ulang balik. Ditarik kerusi yang berada dihadapan aku. Duduk bertentang yang jaraknya hanya dipisahkan oleh meja makan kafe.

“kenapa?” aku letak pen kebawah.

“Nak ajak tengok wayang” dia tarik sengeh sebaris.

Sah wiring manusia depan ni problem. “tengoklah nanti”

“tapi aku tak boleh janji bila sebab aku ada banyak kerja”

Senyap.

Aku kembali ambik pen, sambung menulis kembali lab report.

Dia tolak kertas putih sederhana tebal kearah aku. “4.30 ptg. Besok.”

“kau ajak aku?”

“yes. Dah beli siap” dia tarik sengeh lagi. Tapi kali ni aku rasa dia dengan sengeh dia boleh masuk dalam longkang sana.

“Kenapa beli tak tanya aku?” aku pandang dia dengan gaya macam ada leser bakal keluar dari biji mata.

“Sebab kau 24/7 busy?”

“Hah tahu pun. Dahtu gatal miang beli buat apa? Kau tahu tak besok aku dah ade plan?!”


Kalau dia kecik memang dah selamat aku humban dalam longkang.

Kalau dia batu, memang sepak terajang biar jatuh bergolek.

Ni masalahnya anak orang. Manusia! Tak ada otak ke nak fikir?!


“Sorry. Aku jual balik tiket ni. Dahlah tak payah marah” dia tarik balik tiket. Disimpan dalam kocek sweater.

“kau memang suka pakai kelemahan aku kan? Kau tahu aku akan rasa bersalah pastu terpaksalah aku pergi sebab sebersalah kau dah beli. Kan?” kolam mata aku sikit lagi nak tumpah. Tolong jangan tumpah depan lelaki ni.

Tolonglah.

“Tak. Aku tak terniat pun nak buat macam tu”

Aku bangun. Capai segala buku dan pen aku kedalam dakapan.

“Kau tahu, aku rasa sekarang kita memang ditakdirkan untuk tak jadi kawan balik. Move on please”

Aku pusing badan. Meninggalkan dia keseorangan di situ.

***
Drum roll please.
Assalamualaikum peps. I’m back :’)

P/s sotd; SPEED- one day

You May Also Like

1 comments